Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Inilah Beza Pakej Haji Biasa Dan Haji MAHAL. 20 Gambar Ni Buat Ramai Umat Islam WOW


Kami yakin semua tertanya-tanya apa sebenarnya beza pakej haji biasa dan haji mahal. Kalau biasa harga dekat RM15k. Dan yg mahal pulak, ada rm30k, ada rm50k dan ada yg rm80k. Jangan tak caya pulak ye. So apa perbezaannya ? Jom ikuti tulisan Masnira Ramli via The Vocket ni. P/S : Biasa ke mahal, yg penting kita dapat Haji yg Mabrur. Kan?

Kita selalu melihat gambar-gambar atau liputan haji untuk jemaah-jemaah yang datang dengan pakej muasasah. Sejujurnya, terdapat banyak pakej yg disediakan pada musim haji. Terpulang kepada empunya diri mahu memilih pakej yg mana sesuai dengan kemampuan dan rezeki masing-masing.

Perjalanan ibadah haji ini kadangkala bukan atas dasar kemampuan semata-mata. Maksud kemampuan di sini adalah dari segi kemampuan fizikal, kesihatan dan juga kemampuan dari segi kewangan. Kadangkala, sudah kita aturkan semua dengan baik dan sempurna, tetapi ALLAH yang meletakkan bagaimana perjalanan haji kita nanti mengikut rezeki masing-masing.

Walaupun datang dengan pakej yang mahal, ada yang terpaksa menempuh ujian yang tidak terjangkau kesukarannya. Begitu juga yang datang dalam apa-apa cara sekalipun, ada yang datang tanpa pakej yang mahal mahupun tiada pakej langsung tetapi perjalanan hajinya mudah tanpa ujian yang berat.

MasyaAllah TabarakaAllah.. beruntung bukan?

Sebenarnya, hari ini saya nak ceritakan tentang dua orang hebat yang sedang mencipta nama dan tempat tersendiri di kota Makkah al Mukarramah. Terkenal dengan pasangan suami isteri yang saling membantu dan sentiasa bersama di dalam apa sahaja kesenangan mahupun kesukaran yang mereka lalui, pasangan Hj Zahiri Maulud dan Hjh Ruzainun yang saya fikir terlalu layak untuk dijadikan idola dan inspirasi ini berjaya menempatkan diri sebagai pakar perunding dalam beberapa cabang pengurusan perniagaan di Makkah.

Salah satu daripadanya adalah penglibatan mereka dalam Syarikat Nozoly Limited. Ianya merupakan penyediaan khemah serta perkhidmatan bertaraf premium/VIP di Arafah dan Mina sepanjang musim haji. Pakej haji premium yang bertempat di maktab 112 ini menyediakan kelengkapan dan servis untuk jemaah haji bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan juga China.

Yang pastinya, pakej haji ini menyediakan penempatan yang sangat-sangat selesa untuk tetamu-tetamu ALLAH yang menggunakan khidmat mereka. MasyaAllah TabarakAllah.. Mari lihat gambar-gambar kawasan khemah tersebut yang pastinya mampu membuatkan hati riang melihatkan rezeki keselesaan yang dimiliki mereka.

Saya yang sudah 3 kali haji secara sendiri tanpa mengambil sebarang pakej ini pastinya akan terlalu menghargai dan bersyukur jika berpeluang untuk mengerjakan haji yang sangat-sangat selesa begini. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah tidak berkemampuan dari segi fizikal, pakej haji sebegini lebih sesuai dan memudahkan dengan izinNya.

Jom kita tengok khemah di Arafah dulu, tempat untuk berwukuf.

Pastinya pakej sebegini menjanjikan tandas yang selesa. Dan paling penting tidak perlu berebut dan menunggu lama jika ingin menggunakan tandas. Amat menyenangkan hati dapat bonus tandas yang bersih. Memang bahagia hendak beribadat.

Gambar seterusnya pula adalah khemah-khemah di Mina.

Untuk pengetahuan semua, di Mina terdapat banyak khemah yang jauhnya ke Jamrat (tempat melontar) mengikut harga pakej yang kita ambil. Biasanya semakin mahal, semakin dekatlah perjalanan untuk melontar.

Jarak yang dilalui oleh tetamu-tetamu Allah yang mengambil pakej premium ini adalah hanya lebih kurang 100m dari eskalator untuk ke Jamrat (tempat melontar). MasyaAllah dah dekat sangat tu. Biasanya perjalanan saya hampir 10km pergi dan balik!

Sungguh bertuah kepada sesiapa yang berpeluang untuk mengerjakan haji melalui pakej-pakej sebegini. Namun seperti yang telah saya nyatakan tadi, lain orang lain pendapat dan rezekinya.

Ada yg sangat berkemampuan namun lebih suka membuat haji yang sukar dan lebih mencabar perjalanannya, namun ada juga yang berpendapat untuk mengutamakan keselesaan dalam beribadat.

Semuanya terletak kepada pendapat dan cara masing-masing. Saling menghormati dan bersyukur dengan rezeki.

InsyaAllah perjalanan haji walau dalam pakej mana sekalipun kita berada akan menjadi mudah dan yang paling penting objektif utama untuk mendapat haji yang mabrur tercapai. InsyaAllah.. Amin…

Akhir sekali, inilah wajah Tuan Haji Zahiri dan Puan Hajah Ruzainun. Mereka sudah mempunyai tempat sendiri di tanahair apabila sudah berjaya dengan beberapa perniagaan yang dijalankan.

Namun, atas kecintaan kepada tanah barakah mereka berhijrah dan berusaha keras untuk mencipta nama di bumi barakah Makkah al Mukarramah pula.

Saya doakan semoga mereka berjaya dalam apa juga yang diusahakan. Amin. Teruskan memberikan inspirasi kepada orang lain ya!

Semoga dipermudahkan perjalanan memberikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji pada tahun ini. Amin. Berkhidmat dan juga boleh sama-sama beribadat!

Saya pasti ramai yg mengimpikan peluang sebegini.

Sumber : Masnira Ramli via The Vocket