Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Lelaki Tiba - Tiba Tanggal Kain Ihram Dan Jadikan ALAS KAKI Buat Ramai TERKEJUT. Bila Tanya, “INI’ Jawapnya…


Kisah aneh ini diceritakan oleh seorang lelaki yg bertugas menyelia jemaah-jemaah haji ketika musim haji. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua pembaca.

CUACA SEJUK DI TANAH SUCI

Kisah yang akan saya ceritakan ini agak aneh, kisah mengenai mengenai seorang jemaah bernama Mansor (bukan nama sebenar) berusia 30-an yang sebaya dengan saya. Mansor bekerja di Brunei dan bergaji besar.

Kejadian ini berlaku ketika saya menjadi mutawif membawa jemaah umrah ke Tanah Suci pada tahun 1992. Ketika itu, saya bertugas dengan sebuah agensi umrah dan haji di Brunei. Waktu ibadah umrah pada bulan Disember dalam keadaan cuaca sejuk dan kami berada di Tanah Suci selama sembilan hari.

CARA JALAN MANSOR “PELIK” DI MASJIDILHARAM

Semasa berada di Mekah cara Mansor berjalan ketika memasuki kawasan Masjidilharam agak ganjil. Kenapa saya katakan ganjil sebab, Mansor berjalan terjengket-jengket. Lucu juga bila saya lihat keadaan Mansor. Bila telapak kakinya mencecah lantai, cepat-cepat dia angkat.

Bayangkanlah lagak Mansor ketika itu seperti sedang berjalan di atas kaca atau duri. Takut betul Mansor hendak memijak lantai marmar Masjidilharam. Ada kalanya saya lihat setelah Mansor berjalan beberapa tapak kemudian dia berhenti menggosok-gosok telapak kakinya.

Lain macam benar cara Mansor berjalan. Saya mengandaikan kaki Mansor sakit. Saya pun malas nak bertanya lanjut. Saya biarkan Mansor berjalan sendirian sebab saya banyak kerja nak uruskan, sebab ada jemaah yang lebih tua perlu diberi perhatian.

Sebaik tiba di hadapan Kaabah, saya ternampak lagi aksi pelik Mansor. Cara Mansor berjalan masih menimbulkan tanda tanya. Tiba-tiba, saya lihat Mansor buka kain ihram yang dipakainya, kemudian dibentangkan di atas lantai. Selepas itu, Mansor menapak selangkah demi selangkah di atas kain ihram itu. Saya lihat kain ihram itu dibuatnya alas kaki.

Setiap kali mahu bergerak setapak dua ke depan itulah cara yang dilakukan Mansor berulang kali. Saya tercengang-cengang. Hairan sungguh. Kenapa Mansor buat begitu seperti budak bermain tayang? Kalau hendak kata sejuk, cuaca ketika itu memang sejuk. Boleh dikatakan bila pijak lantai Masjidilharam kita dapat rasa sejuk mencucuk tapak kaki.

Tapi sejuknya tidaklah seberapa. Saya dan jemaah lain tak ada apa-apa masalah bila pijak lantai. Bahkan, kami rasa lebih selesa sebab cuaca tak panas.

KAIN IHRAM DICAMPAK KE LANTAI

Apabila tiba hendak melakukan tawaf, sekali lagi saya tengok aksi pelik Mansor. Kali ini bukan main ligat Mansor berlari mengelilingi Kaabah macam pelari pecut. Saya ketawa. Lucu sungguh si Mansor ni. Tadi berjalan terjengket-jengket, kali ini tawaf berlari pula.

Selepas puas berlari beberapa meter, Mansor berhenti. Semasa berhenti penat berlari saya lihat satu lagi aksi pelik Mansor. Tiba-tiba kain ihram yang dipegang dicampak pula ke lantai. Selepas itu dipijak-pijaknya seperti membuat alas kaki.

Selepas pijak kain ihram dia menggosok gosok kedua-dua belah telapak kakinya. Begitulah yang Mansor buat sehingga habis tawaf.

“LANTAI PANAS, KAKI SAYA MELECUR!”

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Saya tertanya-tanya, apa sebenarnya telah terjadi kepada Mansor? Saya syak ada sesuatu yang tidak kena dengan Mansor. Kalau tidak masakan begitu pelik perangainya.

Lalu saya hampirinya dan bertanyakan apa masalah yang dihadapinya. Saya juga tanya kenapa berjalan terjengket-jengket dan pijak atas kain ihram? Saya beritahu Mansor, sebagai orang yang bertanggungjwab membawa jemaah, saya berhak tahu apa berlaku kepadanya. Saya beritahu Mansor, jika ada masalah beritahu segera, jangan sembuyikan!

Selepas didesak, barulah Mansor bercerita kepada saya. Mansor memberitahu setiap kali tapak kakinya memijak lantai Masjidilharam dia merasa begitu panas. “Bila pijak tapak kaki saya rasa nak melecur macam berjalan atas bara. Pedih, panas, sakit!” beritahu Mansor.

Saya terkejut. Eh, takkan begitu pula dirasai Mansor. Mana mungkin dalam keadaan cuaca sejuk begini, lantai Masjidilharam boleh bertukar panas. Lagipun saya dan jemaah lain tidak pula rasa begitu.

“Betul bang. Demi Allah, saya tidak boleh pijak lantai Masjidilharam. Sebab tulah saya buka kain ihram buat alas kaki. Rasa panas macam ada api bawah lantai. Bahangnya terasa membara naik ke atas!” ujar Mansor serius.

PERGI “BERHIBUR” SEMINGGU SEBELUM KE MEKAH

Saya termenung seketika. Kejadian ini memang pelik. Sampai di bilik hotel, saya siasat sendiri apa yang dilakukannya sebelum beliau pergi ke Mekah. Akhirnya saya dapat tahu seminggu sebelum berlepas ke Tanah Suci, Mansor pergi berhibur sakan di disko dan pub-pub sehingga puas.

Kononnya dia hendak bertaubat di Mekah. Selepas balik Mekah dia tidak akan pijak tempat-tempat maksiat itu lagi. Saya beristighfar beberapa kali apabila mendengar pengakuan dari Mansur sendiri tentang fiilnya sebelum ke Mekah. Patutlah saya tengok kelakuannya sungguh aneh. Bila pijak lantai Masjidilharam, dirasainya seperti memijak bara api.

Mana tidaknya, sebelum ke Mekah pijak tempat-tempat maksiat itu. Sepatutnya sebelum pergi ke Mekah, Mansor isikan masa yang ada dengan amal ibadat dan persiapkan diri dengan ilmu agama. Dan apa yang terjadi mungkin balasan yang tak seberapa dari Allah buat Mansor.

Malah Mansor sendiri mengakui depan saya mungkin perbuatannya asyik pergi berdisko sebelum ke Mekah itulah balasan yang dia dapat di Mekah. Bila kakinya pijak lantai Masjidilharam terasa disambar api.

Lagipun, sebelum ini saya pernah dengar cerita, jika pak-pak Arab yang tinggal di Mekah melancong ke luar negara seperti Thailand dan pergi ke tempat-tempat maksiat, biasanya balik mereka tak masuk terus Masjidilharam.

Mereka tinggal dahulu di Madinah sehingga 40 hari, beramal ibadat dan bertaubat. Mungkin pak-pak Arab ini takut terjadi kejadian tidak terduga berlaku kepada diri mereka. Lagipun Tanah Suci Mekah ini bukan boleh dibuat mainan.

Allah menjadikannya tanah yang diberkati. Kejadian seumpama ini sepatutnya menjadi iktibar kepada jemaah kita. Kalau nak pergi Mekah, janganlah berpesta di kelab malam, berdangdut dan buat maksiat. Allah sentiasa melihat perbuatan kita, walau di mana kita berada.

Sumber : OhDunia
http://khalifahmailonline.com/2017/08/27/lelaki-tiba2-tanggal-kain-ihram-dan-jadikan-alas-kaki-buat-ramai-terkejut-bila-tanya-ini-jawapnya/